Sabtu, 20 Ogos 2011

PESANAN BUAT PARA IBU!!!!!

Ramai yang maklum setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei adalah hari bagi meraikan sambutan Hari Ibu. Ibu, Mak, Mama, Ummi atau apa saja panggilan anda kepada seorang insan yang bertanggungjawab mengandungkan, melahirkan seterusnya membesarkan anda dengan penuh kasih sayang.
Tapi ramai juga ibu yang tidak mampu mengandungkan dan melahirkan tetapi berupaya membesarkan dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Biarpun saya akui, ada juga ibu yang bertindak zalim dengan mengorbankan anaknya sendiri. Cuma pengalaman saya berdepan dengan ibu sebegini, penyesalan mereka tak terbatas.
Saya enggan membincangkan tentang kes ibu buang anak atau betapa seorang anak perlu menghormati ibu. Sudah ramai yang tahu cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih boleh dipertikaikan. Fokus saya menerusi note kali ini ialah kepada para ibu.
Semua orang tahu, darjat atau kedudukan seorang ibu itu terlalu tinggi. Allah S.W.T memberi jaminan syurga seseorang bergantung kepada hubungannya dengan ibu. Malah cakap ibu, kata - kata ibu apatah lagi doa seorang ibu dijanjikan pasti akan berlaku dan makbul.
Malangnya, ramai ibu yang tersilap menggunakan kedudukan ini. Ramai anak yang hidupnya derita dan merana disebabkan ibu. Hormatkan ibu, sayangkan ibu, mengikut kehendak ibu biar acap kali kehendak ibu tidak pernah ada noktah penamat, belum di kira lagi kehendak yang pelbagai dan berubah-berubah. Banyak perkahwinan yang bermasalah, banyak kehidupan yang punah semata-mata kerana ibu.
MAAF!!!!Saya bukan nak salahkan ibu. Perkongsian note saya ini adalah mewakili luahan hati anak-anak yang rasa terseksa dengan ibu sendiri.
Ibu yang seperti enggan memahami, ibu yang kerap kali bersifat pentingkan emosi sendiri. Luahan seorang anak yang berasa sedih dengan sikap ibu sendiri yang kerap membandingkan dirinya dengan anak orang lain. Bagaikan serba tidak kena dengan dirinya, semua menjadi bahan protes si ibu. Pelbagai usaha dibuat agar si ibu rasa puas hati dengan dirinya tapi tidak menjadi. Saya sendiri tidak dapat menjelaskan punca si ibu bersikap sedemikian. Cuma nasihat saya kepada semua ibu,kedudukan anda bukan kuasa untuk menundukkan  anak-anak. Jangan paksa anak-anak hormati anda sebaliknya tunjukkan kepada anak-anak keperibadian anda yang selayaknya sebagai ibu yang wajar dihormati.
"mengertilah, anak anda juga insan yang punya hati dan perasaan . anak anda juga punyai kehendak dan impian. malah anak anda perlu lakukan sesuatu untuk kebaikan dirinya yang dalam banyak keadaan adalah untuk kebaikan masa depannya bersama anda.
Usahakanlah untuk sentiasa redha dan merestui setiap keputusan dan tindakan anak anda. Hormati pendapat dan pandangannya. Letakkan diri anda di tempatnya dan jangan semata-mata megharapkan si anak berada di tempat anda.
Redha perlu ikhlas, bukan hanya pengucapan lisan tapi tidak di hati. Saya baca sendiri luahan hati seorang anak, bagaimana musnahnya sebuah perkahwinan  kerana si ibu tidak restu sepenuh hati. Teringat luahan si ibu ketika itu, dia tak pernah mendoakan yang baik - baik untuk anaknya. saya yang membacanya tidak dapat menahan air mata, walaupun saya sendiri belum merasainya..
saya juga bermohon, jangan berdendam dengan anak sendiri. luahkan rasa tidak puas hati anda. jika anda diamkan dan kemudian mengungkitnya di belakang hari, anak-anak takkan memahami dan ketika sudah mengerti , selalunya agak terlewat dan kesan tidak restu dan tidak redha sepenuh hati anda itu,  si anak telah menerima "balasannya"...
saya merayu jangan kalah kepada kehendak emosi sendiri hingga sanggup menganiayai anak yang anda kandungkan, lahirkan kemudian membesarkannya dengan penuh kasih sayang. berusaha untuk memaafkan setiap kesilapan anak anda biarpun si anak tidak berniat untuk menyakiti malah tidak sedar telah menyakiti hati anda.
kasihanilah dan sayangilah anak anda!!!!! kesilapan anda menurut kata hati yang kecewa boleh memusnahkan hidup anak anda, bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat nanti. Gunakanlah kuasa yang Allah anugerahkan kepada anda untuk membahagiakan anak anda, InsyaAllah,  mampu membahagiakan anda juga andai anda berdoa memohon kepada-Nya. Selamat Hari Ibu..!!! :(
(sebagai renungan bersama)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan