Ahad, 10 April 2011

Surat Untuk Bakal Suami Saya




asalamualaikum semua... untuk entry kali ni aku nak kongsi something dengan korang... hihihi...
*selamat membaca*

....................................................................................................................................................................


Dear abang,


I will call you baby when we are married ! Baby is much more romantik walaupun awak rasa panggilan macam tu buat bulu hidung awak geli ye !

So lets start it with the basic one. Home. Tolong. Lepas balik kerja tu. Sila kemas kasut tu dalam rak kasut ye. Saya tak suka lah kasut-kasut sepah kat pintu rumah. Not nice. Saya tak nak malam-malam saya kena bangun untuk kemas kasut busuk awak tu walaupun awak dah spray dengan perfume Hugo Boss awak tu. Better do it or later you have to suffering from my sulking all day !

Hujung minggu jangan ingat nak keluar minum teh tarik dengan kawan plak. Awak kena tolong saya kemas rumah kita tu yang dah macam tongkang pecah. Of course kerja cuci tandas itu semua kerja awak. Saya nak kemas ruang tamu dengan bilik tidur kita. Awak cuci semua tandas ye dalam rumah tu. Awak kena tolong betulkan semua kerosakkan barang letrik dalam rumah tu. Awak lelaki okayh. Suppose awak lebih tahu baiki barang ini semua.

Awak jangan lupa pakai cincin kawin kita sepanjang masa. Saya nak buktikan kat semua perempuan kat luar sana yang awak dah kawin dengan bini comel macam saya ni. Saya tak nak mereka semua dekat dengan awak. Awak tu dah lah muka macam playboy. Hensem plak tu walaupun tak sekacak Faizal Tahir kesayangan saya tu dan seputih Shaheizy Sam saya tu. Please behave okayh. Jangan ingat diri tu masih bachelor ye.

Awak jangan ingat awak boleh keluar malam selalu sangat. Malam-malam haruslah masa kita bersama. Saya tak nak masa kita berdua pun tak ada. Yela. Masing-masing kerja dari pagi ke petang. Malam sahajalah kita boleh bermesra macam laki bini.hihi. Kalau awak nak keluar malam sangat. Awak kena balik sebelum pukul 11PM. Ye. Saya mengamalkan curfew. Suka hati saya lah. Awak milik saya ! weeekkk.

Kalau kita gaduh. Awak kena tidur lantai. Saya tak kejam nak dera suami saya tidur kat lantai yang sejuk tu. Of course saya akan bagi awak tilam, bantal busuk awak dengan selimut awak. Saya tak nak awak tidur ruang tamu sambil tengok bola. So tidur kat lantai bilik ni bila saya tengah marah dengan awak. Ala nanti saya dah tertidur pandai-pandai lah awak naik balik atas katil tu. Macam itu pun saya kena ajar kah ? HAHA

Kita kena sama-sama taw pergi shopping barang dapur. Tak kan saya je yang kena susah payah pergi supermarket. Angkat barang segala tu masuk kereta plak. Kita kena bayar 50-50 tahu semua barang yang kita beli tu. Saya tak suka awak bayar semua. Saya pun nak rasa tanggungjawab sebagai isteri tercinta awak. Ha. Jangan pilih barang mahal sangat. Amik yang murah ok. Kalau barang buy 1 free 1 is better. Ada free gift ! HAHA

Kalau basuh baju. Saya tak suka baju kerja awak dengan spender boxer segala tu campur dengan baju saya. Saya akan sediakan bakul untuk saya dengan awak. Saya guna mesin basuh 3 hari sekali je. Awak jangan nak berebut mesin basuh dengan saya plak. Kalau nak tunggu lepas saya dah habis basuh baju.

Kalau saya period pain ke apa. Awak kena tolong saya pergi supermarket atau kedai runcit beli pad jenama Kotex untuk saya taw. Jangan silap beli plak. Tolong peka sikit akan keperluan isteri awak ini. Tak kan susah sangat nak hafal perkataan Kotex tu. Padahal tiap-tiap hari awak nampak dalam almari baju kita tu. hiks !

Saya harap awak ada ingatan yang sangat kuat. Sebab saya nak awak ingat semua date penting kita. Dari birthday date saya sampai birthday tok nenek moyang saya kat kampung tu. Include our anniversary date. Tak apa. Nanti saya senyap-senyap amik IPHONE 10G awak tu taruk semua reminder date penting dalam tu. Kalau nak celebrate. I prefer romantic candle light dinner kat hotel 10 binatang! Errr.. Kalau awak masak pun saya suka. Sebab saya tahu awak cuba nak perli cara masakan saya yang agak hampeh kat tekak awak tu!

Awak jangan cemburu sangat bila saya keluar lunch dengan kawan lelaki saya. Tapi awak kena ingat ini sampai bila-bila. Perasaan cinta saya pada awak tak akan pudar langsung taw. Kalau tak kenapa 10 kali lelaki persis Faizal Tahir yang datang propose kat saya itu hari saya tolak tapi saya hanya akan terima cincin propose dari awak sahaja walaupun cincin tu bukan lah mahal sangat. Saya tahu awak beli kat Petaling Street dengan gaji awak yang tak seberapa tu tapi saya tak kisah. Sebab saya sayangkan awak sangat-sangat..I ♥ YOU

Terima kasih kerana sudi berkahwin dengan saya !

Dari binimu yang tak reti masak.
Ditulis dalam keadaan insomnia.
dan speed internet yang ngok ngek.
muah muah ♥